Tugasan2 ( Bagai Hujan Jatuh Ke Pasir)

                 Samad sedang membelek-belek album lama rakan-rakan sekolahnya dengan senyuman tanda kenangan gembira. Senyuman itu mula pudar dan hilang apabila dia ternampak gambar rakannya , Ali. Kejadian yang tidak begitu baik mula bermain di fikirannya.
                  Sekolah sudah tamat. Samad sedang menaiki basikal untuk pulang ke rumah. Setiap hari , perjalanan dia sungguh menyenang hati tetapi hari itu berlainan sedikit. Samad ternampak Ali dikejar 2 orang lelaki yang berbadan besar. Muka Ali pucat dan takut . Samad mula mendekati Ali dan menyuruhnya tumpang di belakang kerana Samad takut lekaki-lelaki itu akan berbuat buruk kepada Ali.
                    Dalam perjalanan bersama Ali ditumpang, Ali memberitahu Samad bahawa 2 lelaki itu sebenarnya mahu menangkapnya dan memukulnya. Ayahnya hutang mereka dengan duit yang banyak dan mehilangkan diri. Ali dan ibunya yang tanggung hutang itu . Samad berasa kasihan dan memberi duit simpanannya sedikit kepada Ali. Apabila tiba di destinasi mereka , Ali turun dan berterima kasih dengan senyuman yang tidak begitu ikhlas.
                     Keesokan harinya , Samad dipanggil guru besar . Dia dimarahi dan ditahan daripada sekolah selama 3 minggu . Dia dituduh mencuri dan melarikan diri di kedai yang berdekatan . Samad mendapati bahawa Ali yang sebenarnya mencuri and dia juga yang menuduhnya. Samad menyesal menolong Ali. Pertolongannya hanya sia-sia sahaja.
                     Bak kata pepatah bagai hujan jatuh ke pasir.

No comments:

Post a Comment