Kempen Alam Sekitar


Aktiviti :
 - Meletakkan poster
- Pertandingan tempat awam yang paling bersih
- Datang ke beberapa sekolah untuk memberikan pengucapan tentang alam sekitar
- Memberi peranan kepada guru sekolah untuk mendidik murid-murid sebagai contoh, dengan mengadakan pertandingan melukis poster tentang alam sekitar.

Soalan untuk petikan Memburu Kejayaan

- Apakah yang menyebabkan Cik Rahmah untuk berhenti sekolah?
- Siapakah yang menyarankan Cik Rahmah menjadi seorang pengurus?
- Bilakah Cik Rahmah berjaya meraih diploma?
- Di manakah terletaknya cawangan-cawangan yang dijaga Cik Rahmah sebagai seorang konsultan penjagaan?
- Bagaimanakah Cik Rahmah boleh tertarik bekerja di McDonald's?
- Mengapakah Cik Rahmah kembali belajar pada tahun 2009?

Tugasan2 ( Bagai Hujan Jatuh Ke Pasir)

                 Samad sedang membelek-belek album lama rakan-rakan sekolahnya dengan senyuman tanda kenangan gembira. Senyuman itu mula pudar dan hilang apabila dia ternampak gambar rakannya , Ali. Kejadian yang tidak begitu baik mula bermain di fikirannya.
                  Sekolah sudah tamat. Samad sedang menaiki basikal untuk pulang ke rumah. Setiap hari , perjalanan dia sungguh menyenang hati tetapi hari itu berlainan sedikit. Samad ternampak Ali dikejar 2 orang lelaki yang berbadan besar. Muka Ali pucat dan takut . Samad mula mendekati Ali dan menyuruhnya tumpang di belakang kerana Samad takut lekaki-lelaki itu akan berbuat buruk kepada Ali.
                    Dalam perjalanan bersama Ali ditumpang, Ali memberitahu Samad bahawa 2 lelaki itu sebenarnya mahu menangkapnya dan memukulnya. Ayahnya hutang mereka dengan duit yang banyak dan mehilangkan diri. Ali dan ibunya yang tanggung hutang itu . Samad berasa kasihan dan memberi duit simpanannya sedikit kepada Ali. Apabila tiba di destinasi mereka , Ali turun dan berterima kasih dengan senyuman yang tidak begitu ikhlas.
                     Keesokan harinya , Samad dipanggil guru besar . Dia dimarahi dan ditahan daripada sekolah selama 3 minggu . Dia dituduh mencuri dan melarikan diri di kedai yang berdekatan . Samad mendapati bahawa Ali yang sebenarnya mencuri and dia juga yang menuduhnya. Samad menyesal menolong Ali. Pertolongannya hanya sia-sia sahaja.
                     Bak kata pepatah bagai hujan jatuh ke pasir.

RENUNGAN Artikel Akhbar

1) Isu utama akhbar ini adalah kes curi basikal yang semakin bertambah daripada tahun yang lalu yang sering berlaku di kawasan perumahan awam, laluan pejalan kaki dan stesen MRT.
2) Penunggang-penunggang basikal yang perlu berikan perhatian terhadap artikel ini.
3) Kes ini bertambah teruk pada tahun yang lalu , 2011.
4) Basikal-basikal curian in dijual di Sungei Road , bazar di City Plaza atau di lokasi sementara di estet perusahaan di Jurong, Woodlands dan Sembawang.
5) Orang ramai harus menyimpan basikal mereka di rumah apabila ia tidak digunakan dan juga mengunci basikal mereka ditempat khas dengan menggunakan mangga jenis U yang memberi perlindungan lebih baik berbanding mangga kabel atau mangga yang mempunyai ciri penggera.
6)Pada pendapat saya, kes kecurian basikal ini semakin bertambah kerana ia tidak begitu diawasi yang membuat pencuri itu lebih berani untuk mencuri.

Renungan Artikel 1

Pada pendapat saya , beliau tidak senang berputus asa . Beliau sangat bertuah kerana beliau selamat.Nasib beliau amat baik kerana dia dapat membantu dan berterusan dengan hidupnya dengan mempergunakan apa yang dia pelajari ketika dia bertugas sebagai seorang askar Korea semasa perang Vietnam. Dalam kesejukan , dia tetap bertahan selama dua hari . Tiada seorang pun di situ menolongnya . Hanya dia seorang sahaja tetapi dia tetap bertahan dengan sempurna . Kejadian ini dan perlakuan beliau amat menakjubkan saya.
Saya telah pelajari supaya jangan senang berputus asa dan selalu sediakan apa yang mampu jika kita hilang arah atau di dalam kesusahan.
Pada pendapat saya , tukilan ' Duit bukan segala-galanya ' bermaksud bahawa duit tidak boleh membantu kita dalam kehidupan kerana nyawa kita tidak ternilai harganya .

Biodata (:

Nama : Farah Nabilah Binte Arifin
Sekolah : Sekolah Menengah Compassvale
Kelas : 1H
Kegiatan Luar Darjah : Bola Jaring
Kegemaran : Berbasikal , Bola Jaring dan Bermain Komputer